Saturday, 21 September 2019

Penulisan Refleksi Diri GKK1043


Refleksi Diri

Menurut Ns. Suarnianti., SKM., S.Kep. M.Kes. (2016), fisiologi ialah ilmu yang mempelajari fungsi dan cara kerja bahagian-bahagian tubuh. Fisiologi merupakan satu fungsi dan proses yang terdapat dalam sistem tubuh badan manusia seperti sistem pernafasan, sistem peredaran darah, sistem otot dan sebagainya. Kebiasannya, fisiologi badan manusia ini sering dikaitkan dengan aktiviti senaman atau rekreasi yang dilakukan oleh seseorang individu itu. Selain itu, Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan atau lebih dikenali dengan SEGAK adalah satu jenis ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan. Dalam SEGAK terdapat lima aktiviti yang perlu dilakukan iaitu mengukur Indeks Jisim Badan (BMI), aktiviti naik turun bangku, tekan tubi, ringkuk tubi separa dan jangkauan melunjur untuk mengetahui tahap kecergasan diri.

Penulisan refleksi ini bertujuan untuk membuat analisis serta membuat perbandingan tahap kecergasan fizikal melalui Ujian SEGAK antara Pre dan Post. Pada ujian Pra SEGAK, Indeks Jisim Badan (BMI) saya ialah pada kategori berlebihan berat badan iaitu 29.9 yang mana hampir kepada obesiti. Kemudian, pada ujian Post SEGAK, BMI saya menurun sedikit iaitu 29.5. Walaupun masih berada pada tahap berlebihan berat badan namun penurunan BMI sebanyak 0.4 kg ini berpunca daripada tahap keaktifan diri saya harian. Namun atas sebab tidak mengawal pemakanan dan senaman yang tidak konsisten, penurunan berat badan saya tidak begitu memberangsangkan.


                                                   Mengukur BMI



Seterusnya, pada ujian Pra SEGAK, kadar denyutan nadi dalam kiraan satu minit saya selepas melakukan naik turun bangku adalah 160, manakala pada ujian Post SEGAK menurun kepada 106.  Perkara ini menunjukkan penurunan kadar denyutan nadi dalam masa seminit yang berbeza selepas melakukan aktiviti naik turun bangku dalam kedua-dua ujian iaitu ujian pre dan ujian post. Kadar denyutan nadi yang tinggi ini menunjukkan bahawa metabolisme dan stamina badan semakin bertambah. Perkara ini berpunca daripada latihan kecergasan fizikal yang saya lakukan dan saya mampu mengawal pernafasan dengan lebih baik.


                                           Ujian Naik Turun Bangku


Pada Ujian Pra SEGAK, bilangan tekan tubi yang saya peroleh ialah 16. Manakala pada Ujian Post SEGAK, bilangan tekan tubi saya telah meningkat kepada 26. Bilangan yang diperoleh pada permulaan menunjukkan saya berada pada tahap cergas, kemudian status kecergasan saya meningkat kepada kecergasan tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa kekuatan otot biceps dan triceps saya semakin kuat. Hal ini disebabkan saya banyak melakukan senaman menguatkan otot biceps dan triceps seperti mengangkat dumbells.       

                                                                    Ujian Tekan Tubi


Selain itu, bilangan ujian ringkuk tubi separa yang saya capai pada Pra SEGAK ialah 18. Kemudian pada Post SEGAK, saya berjaya melakukan peningkatan dari 18 kepada 25 iaitu tahap maksimum. Ujian ini membantu pelajar untuk mengukur daya tahan otot serta kekuatan otot abdomen pelajar bukannya kuasa pelajar untuk melakukan seberapa banyak bilangan Ringkuk Tubi Separa yang boleh kerana kita perlu mengikut bunyi metronom. Peningkatan berlaku kerana saya belajar cara sit up yang betul dan saya sering melakukan senaman untuk menguatkan otot abdomen saya menerusi aplikasi senaman di dalam Google PlayStore.


                                             Ujian Ringkuk Tubi Separa

Seterusnya, pada ujian jangkauan melunjur semasa Pra SEGAK, jarak jangkauan yang saya capai adalah 41.5 cm. Manakala pada ujian Post SEGAK, berlaku peningkatan iaitu saya mencapai skor 43 cm. Bagi meningkat tahap fleksibiliti diri, saya melakukan senaman berkala seperti setiap kali bangun dari tidur saya sering melakukan regangan sebelum melakukan aktiviti lain. Fleksibiliti ialah kemampuan untuk bergerak dan membengkok dengan lancar.


                                                Ujian Jangkauan Melunjur


Akhir sekali, saya memperoleh 3.3 dalam ujian bleep pada Pra SEGAK. Manakala, pada Post SEGAK, saya telah Berjaya memperoleh skor 5.4 dalam ujian bleep. Hal ini menunjukkan bahawa stamina, metabolisme dan kadar pernafasan saya yang mampu saya kawal dengan baik menyebabkan saya mampu berlari dengan lebih lama. Perkara ini disebabkan oleh kecergasan fizikal saya yang semakin bertambah kerana sering beriadah di waktu petang serta berbasikal.


           
Secara keseluruhannya dapat dilihat dalam ujian pre dan post SEGAK dan ujian bleep ini bahawa hasil yang memberangsangkan dapat diperolehi kerana berlaku penambahan dalam setiap ujian yang dilakukan. Terdapat banyak lagi yang saya perlu perbaiki untuk mencapai tahap kecergasan yang baik. Aspek kesihatan perlu sentiasa dititikberatkan agar kita dapat menjalankan kehidupan seharian dengan sempurna. Jika ingin memperoleh kecergasan yang baik, senaman secara berkala harus dilakukan di samping pengawalan dan pengambilan makanan yang betul.

Penulisan Refleksi Diri GKK1043

Refleksi Diri Menurut Ns. Suarnianti., SKM., S.Kep. M.Kes. (2016), fisiologi ialah ilmu yang mempelajari fungsi dan cara kerja bahagi...